Karnival Usahawan Wanita Berinovasi

2 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 April 2019 yang lalu, Staff Pusat Internet PPR telah menghadiri Karnival Usahawan Wanita Berinovasi yang berlangsung di perkarangan Masjid Jamilul Ehsan Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh. Karnival Usahawan Wanita Berinovasi telah berlangsung dengan jayanya dan terdapat pelbagai program yang menarik antaranya pelbagai gerai jualan, cabutan bertuah, pertandingan menghias kek, program berkaitan ICT dan Advokasi daripada Staf Pusat Internet dan lain-lain lagi.

Karnival Usahawan Wanita Berinovasi ini yang berlansung selama 8 jam bermula dari 9 pagi dan dihadiri oleh seramai lebih kurang 200 orang peserta dan karnival tamat pada pukul 5.00 petang. Antara objektif Karnival Usahawan Wanita Berinovasi adalah menggalakkan dikalangan wanita untuk menjadi usahawan yang berjaya walaupon suri rumah, dan mewujudkan rangkaian perniagaan dikalangan usahawan dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali